wah, sukanya!! akhirnya aku habis gak baca buku terbaru Jemari Seni, Kopi Susu Sepatu Biru karya Ruby Hazri. Inilah kali pertama aku membaca hasil penulisan beliau, walaupun sebenarnya buku ni adalah novel kedua K. Ruby selepas 'Percayalah'. Dan, seperti kata Karimah, sahabat yg sekepala ngan aku bab baca novel, mmg gaya penulisan K. Ruby ada 'umphh' dan tak mengecewakan.
Aku mengambil masa 2 hari untuk habiskan KSSB, itupun rasanya sbb skrg ni aku kat rumah, so xleh la nak baca non-stop macam duk kat kolej, baca dan baca dengan 'gaya bebas' tak hirau mkn minum, berenti pun untuk solat and ke toilet je :p. Rasanya kalau kat sana, sehari jer aku dah boleh habiskan, sbb ceritanya sangat best sampai tahap tak boleh letak! Sepanjang tempoh nak habiskan KSSB, setiap kali letak jer mesti aku akan rasa tak sabar2 nak sambung baca balik, sampai tgh masak pun aku pegang buku tu jugak, hahaha! Dah la tu, asyik sengih and gelak jer, sampai mak and adik2 aku pun tegur :) Alaa, diorg mana tau, diorg x baca apa yg aku baca!
Banyak part dlm KSSB yg aku suka, terutamanya:
- part Tengku Zahim hantar Emilia balik dan Mat pun buat2 pi buang sampah.
- part kat hospital, bila Tengku Zahim ngan Mat pakat nak tunjuk sape yg lg rapat ngan Emilia.
- part mak si Mat duk 'bakar' perasaan Mat pasal hubungan Tengku Zahim dan Emilia.
- banyak lagi la!! semua pun suka :)
Tahniah diucapkan kepada K. Ruby atas kelahiran KSSB. Aku betul2 terhibur membacanya, dan harap2 tak de yg marah kalau aku katakan, gaya penulisan K. Ruby dlm KSSB ada iras2 gaya Kaksu dlm SUUN dan kisah JaJa..
Posted at 12/13/2007 9:24:58 am by
arirada