|
Mula-mula sekali aku tengok buku ni di booth Penerbit Fajar. Sebelum ni, aku dah lama tak online, so tak masuk website JS untuk tengok promosi buku baru untuk book fair. Sekali baca blurb kat belakang buku, terus aku teruja untuk beli, baca dan buat koleksi. Daripada blurb pada kulit belakang, serta cover yang menarik, aku mengandaikan isi dalamnya adalah cerita tentang pasangan yang berkahwin secara rahsia di luar negara, kemudian terus berlakon apabila kembali ke tanah air, dan mungkin akan ada insiden2 lucu yg berlaku, dan akhirnya rahsia mereka terbongkar. Itulah telahan awalku, dan sungguh aku tak sangka yg aku sbnrnya sangat tersilap! Aku beli buku ni di booth JS, dan sblm beli Kak Su dah 'bocor'kan ending cerita: "cerita ni sad ending" Uwaa, tak nak beli la kalau sad ending! Tapi, kalau tak beli bila lagi dapat baca dan tahu jalan ceritanya? Aku bukannya ada kawan lain yg suka beli novel selain Karimah, yang aku boleh pinjam dan baca? Karimah jarang beli novel selain RAM! Lepas toleh kiri-kanan-depan-belakang-atas-bawah, BELI! Oleh kerana aku dah tahu cerita ni sad ending, aku tangguhkan dulu, kena tunggu masa yang sesuai. Tapi bila baca review kat blog Kak Wan, aku jadi tak sabar2 nak baca. Bab-bab awal, aku rasa aku baca tanpa perasaan, sekadar untuk mengisi waktu dan ingin 'mencuba' lenggok bahasa penulis. Aku sebenarnya 'kurang gemar' dengan cerita 'antara dua darjat'- si kaya dan si miskin. Aku tidak suka kalau watak yang terdapat di dalam ceritanya adalah seorang Puan Sri atau Datin yang berambut kembang dan berantai labuh di leher, serta 'pedas' dan 'keras' tutur katanya. Mulanya, begitulah tanggapanku tentang buku ini, apabila ibu Najah mula muncul dalam jalan cerita- my second fallacy! Selepas melepasi beberapa bab awal, aku mula 'masuk' dengan cerita yang aku baca. Aku mula dapat menghayati rasa yang bergejolak dalam diri Tasha- seorang isteri yang amat menyayangi suaminya, dan sanggup berbuat apa saja untuk kebahagiaan suami, biarpun apa yang dilakukan sebenarnya mengguris hatinya sendiri. Aku sangat2 tersentuh pada bahagian Tasha mencuba untuk merapatkan hubungan Najah dan ibunya, terutama sewaktu peristiwa sehari sebelum kenduri doa selamat di rumah umi Tasha. Tanpa aku sedari, dan tanpa dipaksa2, aku menangis tersedu-sedu, sampai basah bantal tidur! Tengah aku duk syok layan air mata, Nani, roommateku balik dari exam. Huhu, kantoi! Itu la kali pertama aku 'tertangkap' dengan air mata waktu tengah aca novel. Lepas tu pulak, kawan dia, Lin datang ke bilik dan sempat tengok mata aku yang masih ada kesan menangis, uwaa, kena usik lagi! Malunya!!! Bermula daripada bahagian Tasha mendapat tahu tentang penyakit Najah, air mata menjadi peneman setia, sehingga ke akhir cerita. Aku sengaja memilih waktu Nani pergi exam, so aku dapat menghayati jalan cerita dan menangis tanpa malu2. Tapi, lepas tangisan dah reda, rasa malu mula timbul- malu kat diri sendiri! Tahniah kepada penulis, kerana bukan mudah untuk menghasilkan karya yang sebegini berkesan, yang sampai terus ke hati pembaca, sehingga mampu mengundang air mata. Sepanjang membaca LBN, aku rasa seolah-olah membaca jurnal peribadi, seperti sebuah kisah yang benar-benar wujud dan berlaku dalam dunia nyata. Gaya bahasa LBN tidak menjemukan, atau lebih tepat lagi, aku rasa ianya ’natural’, bukan dibuat-buat. Penceritaannya lancar, sehingga aku rasakan ia lengkap- tiada bahagian yang ’lompang’. __________________________________________________________________ ***seingat aku setakat ini ada 3 buah novel yang buat aku menangis teresak-esak : Korban Kasih (tak ingat nama penuh penulisnya, rasanya mula ngan Fatimah), Biru Ungu Cinta (Noor Suraya), dan Lili Buat Najah (Nazurah Aisyah). ***satu lagi kisah yang selalu mengundang tangis setiap kali aku membacanya- kisah kewafatan Rasulullah S.A.W. Tersentuh dengan kasih sayang baginda S.A.W kepada umatnya...selawat dan salam ke atas baginda S.A.W, moga kita mendapat syafaat di akhirat kelak.... |
| exxa March 11, 2009 05:36 PM PDT seriusly mmg sedih..baru je hbs baca...sedih sgt2..sungguh tabah hati si Tasya tuh...:(( | ||
| nafisah December 12, 2008 10:50 AM PST cerita lili buat najah tnggal byk kenangan.. sgt la sedih.. ada pengorbanan di antara suami n isteri... moga Allah beri kan nazurah idea yg mantap utk hasilkan novel yg lebih bagus | ||
| ssyira November 10, 2008 06:48 PM PST assalamualaikum... congrats to naz...cerita ni memang menyentuh perasaan la..dlm byk2 novel yg sy baca, novel ni yg paling buat sy menangis..teruk jugak la...sy kagum sgt dgn penulisnya..anyway, try the best 4 the next novel yea.. =) | ||
| nurulazna October 30, 2008 05:07 PM PDT bila tngk ml2 bk lili bt najah ni dlm ati trus ckp mst best citer ni.... lgpun sy jenis yg sk bc novel lain dr yg lain....best citer dia...betul2 menyelami perasaan la...keep up a gud work.... | ||
| Yati July 16, 2008 08:09 PM PDT Hi, Naz, I'm Yati from Singapore dear. Saya baru habis baca buku Lily Buat Najah. I read the last few pages on the way home fom work. Apa lah you nie, Naz. Tersedu-sedan I pat dalam bas sampai ada kakak tu offer tissue. Tak boleh tahan air mata ni dari terkeluar especially bila baca amanat Najah untuk Tasha setelah dia meninggal dunia. So touching Naz. Power lah idea you. Naz. Syabas!!!!!!!! Anyway keep in touch lah and do let me know about your latest book too. My e-mail address is sari_yati06@yahoo.com. Salam Perkenalan dan pujian yang amat ikhlas Yati. | ||
| Name June 22, 2008 04:20 AM PDT so in luv wit najah tapi ada ker lelaki yg camtue lagi kat dunia nie?? | ||
| pe'ah April 25, 2008 12:19 PM PDT review yang sgt mantap...syabas buat kawanku.. | ||
| arirada April 25, 2008 09:55 AM PDT terima kasih kak naz, segannya kak naz baca review yg ntah ape2 ni. saya betul2 kagum dgn cara kak naz melakar LBN, walaupun sebuah kisah sedih tapi tak rasa bosan waktu baca. Teruskan menulis, saya menunggu karya kak naz yg seterusnya :) | ||
| Nazurah April 24, 2008 08:31 PM PDT Saya terpeson dengan review dari arirada. Thanks so much! Love, Naz | ||
| Leave a Comment: |